_____________________________________________________________________________Sunday, 19th April 2009A place to put our hearts together Dari Manallack ke Sakinah, Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dulu, kini dan insyalllah selamanya. Mula bicara dengan mengembara ke sejarah islam, meneliti suatu episod kehidupan seorang insan besar yang menjadi besar kerana menghidupkan islam di dalam dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan seterusnya hingga saat ini namanya meniti di bibir hampir 1/6 penduduk dunia. Dialah Iman Ahmad. Beliau merupakan seorang yang sangat kuat berpegang dengan sunnah dan salah sebuah karya yang dinisbatkan kepadanya adalah Musnad Imam Ahmad. Maka suatu ketika, kerana seringnya Imam Ahmad mengucapkan Masyaallah ketika sampai ke rumahnya, seorang insan bertanya, " Adakah itu adalah sunnah?" Imam Ahmad menjawab tidak tetapi dia melafazkannya kerana bersyukur atas kurniaan ilahi baginya seorang isteri yang menyumbang untuk menjadikan rumah mereka ibarat syurga baginya. Kembali ke masa kini, mengambil "essence" dari peristiwa di atas, HQ-Manallack berazam dan beriltizam untuk menjadi "BAITI JANNATI" bukan sahaja untuk mereka yang berada di dalamnya, tetapi kepada semuanya di mana-mana pun. HQ-Manallack juga sedar bahawa impian ini hanya akan menjadi kenyataan dengan berusaha semampu mungkin untuk menghidupkan islam dalam diri setiap penghuninya kerana itulah kuncinya bukan kerana luasnya rumah walaupun keluasan itu diperlukan, bukan juga kerana banyaknya peralatan dan kemudahan walaupun itu merupakan suatu kelebihan dan bukan juga kerana mewahnya dengan segala sisi kemewahan walaupun ini turut membantu. |








Ust. Mus'ab